IFRAME: https://www.googletagmanager.com/ns.html?id=GTM-4Z4C X Kindly register in order to view this article ! (BUTTON) logo PREMIUM * Premium * Berita * Suara Sinar * Video * Khas * SinarPlus * E-Paper * Terkini * Barang Lokal * Sign in PREMIUM Sign in Rabu | 23 Disember 2020 ____________________ Tutup [Sinar.jpg] [Sinarfacebook.jpg] [Sinartwitter.jpg] [Sinaryoutube3.jpg] [Sinarinstagram.jpg] [Sinarpinterest.jpg] [Sinartelegram.jpg] >> BERITA > Nasional > Pegawai Imigresen terlibat salah guna kuasa tidak akan terlepas Pegawai Imigresen terlibat salah guna kuasa tidak akan terlepas IZWAN ROZLIN | | 17 November 2020 Khairul Dzaimee Daud A A PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangannya yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tindakan akan diambil di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen bagi tujuan kepentingan peribadi. "Mereka yang terlibat hendaklah bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akhirnya akan dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Khairul Dzaimee berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan sembilan anggotanya yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan cop keselamatan imigresen semalam. "Jabatan ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka yang akan dilaksanakan secara penuh profesional," katanya Menurut beliau, penahanan suspek adalah hasil kerjasama antara JIM dan SPRM khususnya dalam perkongsian maklumat yang diperolehi daripada aduan orang ramai. "Penahanan pegawai-pegawai ini bagaimanapun tidak akan menjejaskan operasi Imigresen dalam melaksanakan tugas-tugas harian dan penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya. Sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara 13 yang dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini atas kesalahan terlibat dalam aktiviti pemalsuan cap sempadan negara. Menurut sumber, seramai 13 tertuduh terbabit merupakan antara 43 individu yang ditahan SPRM di Johor dan Selangor semalam. Tangkapan berkenaan dibuat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, manakala 30 suspek lain ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kegiatan dilakukan suspek dipercayai melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan negara walaupun pemilik dokumen tidak keluar dari negara secara fizikal. Difahamkan, pegawai terlibat terlibat menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 bagi setiap pasport warga asing yang diuruskan mereka sejak 2017. Kesemua tertuduh disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. < Previous PageNext Page > * rasuah * salah guna kuasa * Khairul Dzaimee Daud × Telefon bimbit wartawan Al-Jazeera diintip * TERKINI * POPULAR 1 Telefon bimbit wartawan Al-Jazeera diintip 2 Politik Malaysia: Demokrasi ikut suka? 3 Wajar lompat parti kalau janji tak ditepati 4 Dua wanita warga asing edar dadah diberkas 5 Kelantan FC lunas tunggakan gaji Abou Bakr berjumlah... 1 Jangan mudah hukum seseorang murtad, kata Zulkifli 2 'Rayuan ibadah haji dibuka, tak perlu tulis surat' 3 Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maybank 4 Jemaah haji diminta sedia berdepan caj tambahan baharu 5 Kanser ketiga kerap berlaku dalam kalangan wanita muda Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus Komen Artikel Berkaitan [894295.jpg] [VIDEO] Lebih 2,000 penjawat awam disiasat KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,287 kertas siasatan dibuka ke atas penjawat awam bagi menyiasat aduan mengenai kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan... [859027.jpg] Bekas setiausaha koperasi didakwa salah guna kuasa SEREMBAN - Seorang bekas setiausaha syarikat koperasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan... [887389.jpg] Bekas pengarah jabatan MPHTJ didakwa palsu minit mesyuarat MELAKA - Bekas Pengarah Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menipu minit mesyuarat... [785916.jpg] 'Md Rayhan tetap akan diusir keluar dari Malaysia' PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan diusir keluar setelah proses... [871989.jpg] Empat PTS di Sabah akan diambil alih Jabatan Imigresen PUTRAJAYA - Empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah yang sebelum ini di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diambil alih... [891869.jpg] Kes masih dalam siasatan, KP Imigresen enggan komen lanjut SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud enggan mengulas lanjut berhubung pembongkaran kepincangan di pintu... Web Analytics Newsletter Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang! ____________________ ____________________ [X] NewSinarHarian2020.csv [ ] Saya telah memahami dan bersetuju dengan Polisi Data Peribadi. Langgan (dismissForm) X footer-logo Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 603.5101.7388 603.5101.7333 [email protected] IKUTI KAMI footer-FACEBOOK footer-TWITTER footer-INSTAGRAM footer-YOUTUBE footer-INSTAGRAM footer-TELEGRAM footer-DAILYMOTION BERITA Premium Berita Edisi Global E-Paper Lifestyle Suara Sinar Kolumnis Video Khas UMUM Hubungi Kami Kerjaya Syarat dan Penafian Polisi Data Peribadi RANGKAIAN KAMI Kumpulan Karangkraf Grup Buku Ultimate Print PENGIKLANAN iklan.sinarharian.com.my [download-apps-in-app-store.png] [download-apps-in-google-play.png] © 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf