IFRAME: //www.googletagmanager.com/ns.html?id=GTM-MZVSP6
Langkau ke kandungan utama
Harian Metro
(BUTTON) Toggle navigation (BUTTON)
Carian
______________________________
(Apply) Apply
google plus
Rabu, 23 Disember 2020
Menu utama
* Utama
* Mutakhir
* Global
* Arena
* Rap/RapXtra
* Bisnes
* MetroTV
* Covid-19
* PKP
* PKS
* Agro
* Spektrum
* Belanjawan 2021
Menu sekunder
* Akademia
* #ITMetro
* Nuansa
* Santai
* P&P
* Dekotaman
* WM
* Addin
* Rencana
* Sihat
* Xpresi
* Vroom
* Galeri
* Infografik
Cap palsu: Imigresen 'makan' RM500 hingga RM6,000 seorang
Sebahagian daripada 13 individu termasuk sembilan anggota JIM
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk proses reman. FOTO
Zain Ahmed
Sebahagian daripada 13 individu termasuk sembilan anggota JIM
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk proses reman. FOTO
Zain Ahmed
BERNAMA
Kuala Lumpur: Sindiket menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk
sempadan utama negara lumpuh apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menahan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam
operasi besar-besaran semalam.
Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan 'sting operation'
yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia hasil
risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar
negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.
Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan di sekitar Putrajaya,
Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan 13 orang termasuk sembilan
pegawai Imigresen direman di Johor manakala 23 lagi direman di
Putrajaya hari ini.
"Ahli sindiket yang ditahan termasuk 27 pegawai Imigresen, 14 ejen
pekerja asing dan lima orang awam yang bertindak sebagai orang tengah
berusia antara 21 dan 46 tahun.
"Sindiket ini telah menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu
dan berada di bawah radar pemantauan SPRM sejak bermulanya
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas," kata
sumber itu.
Menurut sumber, aktiviti rasuah dalam kalangan anggota sindiket itu
menjadi lebih rancak sepanjang PKP dikuatkuasakan dan ia menumpukan
pekerja asing dan pekerja tanpa izin yang terkandas di negara ini
akibat PKP.
"Banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin
berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk
pulang ke negara asal mereka.
"Modus operandi sindiket ini ialah menerusi dua kaedah iaitu flying
pasport atau pasport terbang iaitu ejen akan mengumpul pasport pekerja
asing atau migran yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja
yang telah tamat tempoh untuk dicap keluar dan masuk bagi membolehkan
visa lawatan disambung," katanya.
Sumber berkata, hanya pasport yang sampai di pejabat imigresen tanpa
kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk
sepertimana yang disyaratkan.
"Modus operandi yang kedua ialah setting counter khususnya di KLIA dan
klia2, iaitu pendatang tanpa izin yang disenaraihitamkan, yang telah
tamat tempoh visa perjalanan dikenakan bayaran antara RM500 hingga
RM6,000 seorang untuk bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali
berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
• Cap palsu: SPRM buru Hon Loong dan Hun Siang
• JIM dedah 'pengkhianat' pada SPRM
• Palsu cap sempadan: 23 termasuk 9 orang awam direman
• Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 9:39 PM
Berita Berkaitan
50 ditahan babitkan isu rasuah kakitangan Jabatan Imigresen hingga kini
Gred KP19 tapi guna kenderaan mewah
Azam puji kerjasama KP Imigresen benteras rasuah
JIM dedah 'pengkhianat' pada SPRM
Cap palsu: Pegawai kanan JIM berpangkat Timbalan Pengarah ditahan
Beri kereta mewah 'beli' hati anggota imigresen
Cap pendua: Ada kes pegawai imigresen bawa pulang ke rumah
Tiga kereta mewah RM750,000 pula disita SPRM
Popular
Mutakhir
Bonnie tidak sabar beraksi
Mourinho tidak pandang rendah Stoke
Bantu penghuni penjara bakal bebas sesuaikan diri
Rahmat buat keluarga Rahimah
Wanita Iran, Ukraine ditahan edar dadah
JDT fokus projek jangka masa panjang
Kelantan lunas gaji Abou Bakr
Askar maut motosikal rempuh lori
PLUS sediakan 221 pasukan rondaan
Rooney sumbang RM408,000
Onar lelaki warga China
Penyeludupan daging beku di sempadan Kelantan, Sarawak
563 kes positif baharu, kilang Kossan ditutup hingga 30 Disember
Sengaja cari bala, akhirnya didenda RM1,800
Jokowi rombak Kabinet yang 'bangkitkan kemarahan'
Lagi Berita
Info Grafik
Lagi Info Grafik >
Laman depan
Facebook Twitter Instagram YouTube Google+
RSS Pinterest
© 2020 Harian Metro,
New Straits Times Press (M) Bhd.
A part of Media Prima Group.
* Hubungi Kami
* Team myMetro
* RSS Feed
* Disclaimer
* Notis Perlindungan Data Peribadi
* Berita
* Utama
* Mutakhir
* Global
* Arena
* Rap/Selebriti
* Bisnes
* MetroTV
* Foto Pilihan
* Info Grafik
Langganan
* HM ePaper