IFRAME: https://www.googletagmanager.com/ns.html?id=GTM-4Z4C X Kindly register in order to view this article ! (BUTTON) logo PREMIUM * Premium * Berita * Suara Sinar * Video * Khas * SinarPlus * E-Paper * Terkini * Barang Lokal * Sign in PREMIUM Sign in Rabu | 23 Disember 2020 ____________________ Tutup [Sinar.jpg] [Sinarfacebook.jpg] [Sinartwitter.jpg] [Sinaryoutube3.jpg] [Sinarinstagram.jpg] [Sinarpinterest.jpg] [Sinartelegram.jpg] >> EDISI > Johor > Pengarah syarikat cuba rasuah masuk Malaysia tanpa kuarantin Pengarah syarikat cuba rasuah masuk Malaysia tanpa kuarantin ZULHISHAM ISAHAK | | 24 Oktober 2020 A A JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang warga Singapura kerana memberi rasuah kepada seorang pegawai penguat kuasa imigresen. Lelaki berusia 43 tahun yang bertugas sebagai seorang pengarah di sebuah syarikat swasta itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini jam 3.50 petang tadi bagi membantu siasatan. Menurut sumber, hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek memberi wang kepada pegawai penguat kuasa imigresen sebanyak RM100. "Wang itu sebagai balasan untuk membenarkan beliau memasuki semula Malaysia dengan menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tanpa perlu melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di Singapura seperti ditetapkan dalam program RGL. "Program RGL ialah program yang membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi bagi kedua-dua negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. < Previous PageNext Page > * rasuah * sogok penguat kuasa * Imigresen * masuk Malaysia tanpa kuarantin * warga Singapura * Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) * SPRM × Telefon bimbit wartawan Al-Jazeera diintip * TERKINI * POPULAR 1 Telefon bimbit wartawan Al-Jazeera diintip 2 Politik Malaysia: Demokrasi ikut suka? 3 Wajar lompat parti kalau janji tak ditepati 4 Dua wanita warga asing edar dadah diberkas 5 Kelantan FC lunas tunggakan gaji Abou Bakr berjumlah... 1 Sindiket edar dadah tumpas dalam dua serbuan Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus Komen Artikel Berkaitan [907426.jpg] Tiada laporan rasuah di sempadan JITRA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah tidak menerima sebarang laporan rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan di kawasan... [804654.jpg] SPRM Kedah tahan 47 individu, tahun ini ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan seramai 47 individu termasuk 10 penjawat awam dalam tempoh 1 Januari... [767385.jpg] Tiga ditahan SPRM termasuk suami isteri TAWAU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri di sekitar Tawau berkaitan dua kes... [791573.jpg] SPRM siasat kes rasuah ADUN Terengganu KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengakui sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan... [792788.jpg] Rasuah: Ketua balai, dua anggota polis direman MELAKA TENGAH - Tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai berpangkat Sub Inspektor direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu... [820027.jpg] Rasuah: Jurubahasa mahkamah majistret direman SHAH ALAM - Dua individu termasuk seorang jurubahasa mahkamah majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000. Web Analytics Newsletter Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang! ____________________ ____________________ [X] NewSinarHarian2020.csv [ ] Saya telah memahami dan bersetuju dengan Polisi Data Peribadi. Langgan (dismissForm) X footer-logo Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 603.5101.7388 603.5101.7333 [email protected] IKUTI KAMI footer-FACEBOOK footer-TWITTER footer-INSTAGRAM footer-YOUTUBE footer-INSTAGRAM footer-TELEGRAM footer-DAILYMOTION BERITA Premium Berita Edisi Global E-Paper Lifestyle Suara Sinar Kolumnis Video Khas UMUM Hubungi Kami Kerjaya Syarat dan Penafian Polisi Data Peribadi RANGKAIAN KAMI Kumpulan Karangkraf Grup Buku Ultimate Print PENGIKLANAN iklan.sinarharian.com.my [download-apps-in-app-store.png] [download-apps-in-google-play.png] © 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf